THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, 5 December 2011

ISU JENAYAH

PENGENALAN



Dunia kini berhadapan dengan fenomena yang membimbangkan seperti gejala sosial.Peningkatan fenomena gejala sosial ini seiring dengan arus globalisasi dan modenisasi  yang semakin mencabar.Gejala ini hampir wujud di semua negara tidak terkecuali negara kita.Kebanyakan golongan yang terlibat dengan gejala ini ialah golongan remaja dan belia tidak kira lelaki mahupun perempuan.Sifat ingin tahu dan pengaruh rakan sebaya menyebabkan mereka mudah terjerumus ke kancah negatif ini.Limpahan gejala sosial seperti gejala pembuangan bayi,dadah dan sebagainya sekaligus menyebabkan peningkatan kadar jenayah yang berlaku di Malaysia.Laporan daripada Kebajikan Masyarakat Malaysia dan statistic yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Perangkaan Polis Diraja Malaysia menunjukkan aliran peningkatan kes sejak tiga tahun lalu yang melibatkan kelompok umur berkenaan yang merangkumi penyalahgunaan dadah,gengsterisme dan perilaku seks bebas. 


"Gejala sosial yang melanda di negara kita (Malaysia) sangat membimbangkan. Hal ini
boleh dilihat apabila statistik laporan saban tahun semakin meningkat samada dari sudut pengidap HIV, jenayah zina, kes buang bayi, kes bersedudukan bukan mahram, minum arak, judi dan sebagainya. Apa yang lebih memalukan ialah apabila statistik yang diberikan menunjukkan kaum melayu Islam berada di tangga teratas." - ulas Naib Presiden 1, Saudara Adlan Mokhtaruddin.Hal ini membuktikan bahawa gejala ini jika tidak dibendung boleh mengundang bahaya kepada masyarakat sekaligus mencerminkan pandangan negatif daripada negara luar terhadap negara kita yang dahulunya kaya dengan adab ketimuran yang melambangkan identiti masyarakat kita

PENDERAAN



Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan penderaan yang semakin meningkat. Berita tentang kes ini pasti akan didengar setiap waktu sama ada di televisyen, surat khabar mahupun dari mulut-mulut masyarakat sekeliling. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kita untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini. Selain kanak-kanak, golongan dewasa juga berhadapan dengan situasi ini seperti wanita yang bergelar isteri dan juga suami.

Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan satu gejala yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap golongan masyarakat setiap kali perkara ini dibangkitkan di media massa atau setiap kali seseorang menjadi mangsa. Reaksi masyarakat akan berterusan untuk seketika atau sehingga pesalah dijatuhkan hukuman ataupun tiada lagi kesinambungan kes tersebut di media massa. Seharusnya masyarakat perlu sentiasa peka dan berhati-hati agar tiada lagi kes seumpama ini berlaku. Mereka perlu mengambil langkah dan tindakan untuk melenyapkan kes seperti ini terus di dengar.

Penderaan lazimnya terbahagi daripada tiga iaitu penderaan fizikal, mental dan seksual.. Penderaan fizikal ialah apabila seseorang itu didera secara fizikal dan terdapat kecederaan yang keterlaluan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh badan mangsa akibat kekerasan yang dialami dengan sengaja terhadap mangsa dengan adanya bukti laserasi, calar, parut, patah, terseliuh,pendarahan, pecah viskus, luka, terbakar, kehilangan rambut atau gigi.

Penderaan yang kedua ialah penderaan mental atau secara emosi. Penderaan emosi ialah sekiranya terdapat gangguan yang keterlaluan yang boleh mengganggu fikiran mangsa. Misalnya mengugut mangsa, memaki, memarahi, disuruh melakukan perkara yang tidak diingini dan merendah-rendahkan mangsa.

Akhir sekali ialah penderaan seksual. Penderaan seksual meliputi dalam sebarang aktiviti yang bersifat seks dengan tujuan pornografi, bahan lucah atau sumbang, sentuhan pada bahagian sulit, rakaman filem, pita video atau persembahan yang mempunyai tujuan eksploitasi seks oleh mana-mana pihak bagi memuaskan nafsu seks orang tersebut atau orang lain. Ini boleh menyebabkan mangsa menghadapi kemurungan, perubahan tingkah laku, pengasingan diri, resah, kemerosoton akademik atau kerja,dan terdorong untuk membunuh diri.

Mangsa boleh mengambil tindakan yang bijak dengan melaporkan kejadian kepada pihak-pihak tertentu. Antara tempat-tempat yang boleh diadu ialah Pusat Khidmat Bersepadu di Hospital Kerajaan, mana-mana hospital atau klinik, balai polis, NGO’s seperti Women Aids Organizations. Selain itu, mangsa juga boleh memberitahu atau melaporkan kepada ibu bapa mangsa atau orang yang boleh dipercayai dan memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat.

PENGEDARAN DADAH




Dadah merupakan sejenis bahan kimia yang boleh digunakan sebagai ubat dalam bidang perubatan. Namun, jika disalahgunakan, ia boleh membawa bahaya kepada si pengguna. Ia boleh mendatangkan kemudaratan kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, dan emosi. Tingkah laku pengguna juga akan mula berubah. Bahan  ini boleh menyebabkan si pengguna menjadi ketagih. Maka ia akan di ambil secara berterusan hingga memberi kesan yang teruk. Pengambilan dadah atau pengedaran dadah ini merupakan satu jenayah berat. Terdapat akta yang berkaitan dengan pengedaran dadah. Antaranya ialah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya ( Pelucuthakkan Harta ). Pengedar dadah merupakan individu yang paling bertanggungjawab dalam penularan penagihan dadah. Maka , hukuman yang dikenakan lebih berat daripada si penghisap dadah. Gejala ini sememangnya perlu dibanteras segera agar tidak berleluasa. Tindakan yang pantas perlu di ambil segera untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian.

pengedar dadah  boleh terdiri daripada orang biasa, penganggur yang terdesak perlukan wang untuk meneruskan hidup, pekerja bawahan yang mahukan keselesaan hidup, malah warga korporat yang sememangnya mempunyai ekonomi yang kukuh juga boleh tergolong dalam golongan ini. Mereka mempunyai cara yang licik untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral ini supaya sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Kegiatan pengedaran ini memberikan pulangan yang tinggi walaupun ramai tahu ia berisiko sehingga boleh di jatuhkan hukuman gantung mandatori.   Umum sudah tahu ramai warganegara Malaysia telah menjadi keldai dadah secara sengaja, tidak sengaja,malahan ada juga tanpa pengetahuan si keldai dadah itu sendiri. Hal ini terjadi kerana mereka telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka menggunakan tipu muslihat yang dirancang. Kebiasaannya pengedar yang menggunakan tipu muslihat ini adalah dari Afrika Barat yang berpangkalan dan beroperasi secara berleluasa dirantau Asia. Mereka menggunakan taktik yang hampir sama untuk menjerat mangsa. Sindiket ini bias any menyasarkan mangsa-mangsa dari Asia untuk dijadikan sebagai penghantar yang akan mengedar dan menyeludup dadah di luar Negara.

Mereka menggunakan cara yang halus untuk menjerat mangsa. Caranya ialah dengan mencari mangsa di laman sembang. Selepas berkenalan agak lama, mereka akan mula mengeluarkan kata-kata manis daan sopan supaya mangsa tertarik dan mempercayai mereka. Kemudian mangsa akan dijadikan sebagai kekasih mereka dan berjanji untuk bersama selamanya. Sampai satu tahap,mereka akan mengajak mangsa pergi ke satu tempat eksklusif  diluar Negara dengan menawarkan kos perbelanjaan tersebut. Kemudian mangsa akan ditawarkan pekerjaan dengan bertopengkan syarikat yang sah. Pekerjaan yang perlu dilakukan ialah dengan menghantar satu barang yang tidak diketahui mangsa iaitu dadah dengan gaji yang lumayan. Mangsa akan dihantar ke luar Negara dengan diberikan sebuah beg yang mengandungi barang tersebut semasa hendak berangkat di lapangan terbang. Sindiket ini tidak akan memberi sebarang maklumat tentang dirinya atau nombor perhubungan kepada mangsa. Hal ini adalah kerana mereka tidak mahu dikesan jika mangsa ditangkap. Oleh itu, agak sukar untuk mahkamah mempercayai mangsa ditipu kerana tiada sebarang bukti.
           
Semua pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar perkara ini tidak berleluasa dan berharap sindiket ini akan terus lumpuh di muka bumi ini. Sebagai ibu bapa, mereka perlu sentiasa memantau anak-anak mereka serta kerap berkomunikasi agar jurang antara mereka tidak besar seterusnya mereka tidak akan bersembunyi apa-apa jika terjadi sesuatu kepada mereka. Aktiviti anak-anak juga perlu sentiasa dipantau agar tidak tersimpang jauh sehingga berkawan dengan rakan yang tidak berfaedah. Anak-anak perlu sentiasa diberi peringatan serta diberitahu tentang kes-kes yang berlaku seperti pengedaran dadah agar mereka tidak terjebak ke kancah ini.
           
Sebagai individu yang mempunyai fikiran yang waras, mereka perlu bijak menghindarkan diri dari sindiket ini dengan sentiasa mempunyai perasaan syak bila diarahkan membuat sesuatu khususny apabila ke luar negeri. Pastikan bagasi yang dibawa sentiasa diperiksa agar tiada barang asing dan bukan kepunyaan sendiri. Selain itu elakkan diri dari menerima kiriman dari pihak yang tidak dikenali dan tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak tertentu.

Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi membendung jenayah sosial di negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif ini tidak berlarutan dan bertambah serius lagi. 



PEMERDAGANGAN MANUSIA



Isu pemerdagangan manusia kini menjadi fenomena yang mengancam banyak negara. Pemerdagangan manusia bermaksud pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang untuk tujuan eksploitasi dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau apa-apa bentuk paksaan lain seperti penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa, memeberi atau menerima bayaran atau permafaatan untuk mencapai persetujuan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang lain. Eksploitasi meliputi pelacuran terhadap orang lain, buruh paksa, perhambaan dan pemindahan dan pengambilan organ tubuh. Contohnya, buruh paksa tidak semestinya melibatkan pekerja asing kerana terdapat juga pekerja tempatan yang dieksploitasi oleh majikan.


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pemerdagangan manusia, antaranya ialah kekurangan atau ketiadaan peluang pekerjaan, kelemahan penguatkuasaan undang-undang, kekurangan pekerjaan yang formal khususnya perempuan. Maklumat mengenai pekerjaan dan produser kerja rasmi tidak mencukupi, peluang pekerjaan yang tidak sama rata did antara kanak-kanak perempuan dan lelaki di kawasan Bandar dan luar Bandar, kanak-kanak tidak mempunyai dokumen atau sijil kelahiran, tawaran gaji yang lebih tinggi ditempat yang di tuju, kekurangan pengetahuan mengenai tenaga kerja asing, pengaruh cerita dan kisah hidup migrasi yang berjaya dan sebagainya.


Kesedaran yang kurang ketika mencari pekerjaan dengan tidak mengetahui betapa bahayanya perdagangan manusia akan menyebabkan berlakunya tragedi yang tidak di ingini. Seseorang yang kurang kesedaran tidak akan memikirkan sesuatu hal dengan terperinci akan mudah ditipu dan seterusnya menjadi mangsa pemerdagangan manusia.


Manakala kemiskinan di sesebuah tempat juga akan menyebabkan seseorang terpaksa mencari pekerjaan dimana-mana sahaja. Keadaan ini menyebabkan mereka mencari pekerjaan tanpa memikirkan risiko yang akan did hadapinya. Selain itu, kekurangan dokumen kelahiran kanak-kanak pula akan memberi peluang kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk memalsukan data data dan seterusnya menyebabkan pemerdagangan manusia berlaku.


Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada perempuan, lelaki dan kanak-kanak atau remaja yang berumur tidak melebihi 18 tahun. Lelaki yang telah diperdagangkan biasanya akan dipaksa untuk membuat kerja-kerja kasar dengan upah yang rendah atau tanpa upah dengan hanya sedikit makanan sahaja. Manakala perempuan pula adalah untuk dieksploitasi dari segi seksual, kanak-kanak pula dieksploitasi untuk tujuan pekerjaan haram seperti mengemis dan perdagangan ubat-ubat terlarang.


Kes jenayah seperti pemerdagangan manusia turut berlaku di Malaysia, dimana  baru-baru ini Malaysia telah berjaya menyelamatkan 1,252 mangsa pemerdagangan manusia dari 18 negara dalam tempoh 2008 hingga 2010. Daripada kes pemerdagangan manusia yang dilaporkan dalam tempoh itu, 143 kes melibatkan eksploitasi seks, 43 kes perkhidmatan paksa, 11 kes penyeludupan manusia, empat kes penjualan bayi dan satu kes eksploitasi kanak-kanak. Setiusaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, daripada 1,252 mangsa yang diselamatkan, 837 orang merupakan wanita termasuk 57 orang kanak-kanak perempuan bawah umur.


Menurutnya kerajaan melalui pelbagai agensi penguatkuasaan berjaya menangkap 282 orang berhubung jenayah pemerdagangan manusia.Pemerdagangan manusia merupakan jenayah baru dan kita perlu mmberi latihan kepada penguat kuasa, pendakwa dan halim untuk mengendalikan kes-kes ini. Malaysia juga akan melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan manusia 2010-2015 pada 30 Mac di Parlimen, ia merupakan instrumen untuk mencegah, memulih dan melindungi mangsa pemerdagangan manusia.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pemerdagangan manusia antaranya ialah kerjasama antara kerajaan dengan masyarakat. Masyarakat perlu membuat aduan kepada pihak pihak berkuasa sekiranya mereka adalah saksi atau mengesyaki sebarang kegiatan yang berlaku disekeliling mereka. Seterusnya Malaysia juga telah menguatkuasakan undang-undang  dengan mewujudkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Statistik juga  menunjukkan kira-kira 2.7 juta orang, kebanyakkan wanita dan kanak-kanak, terbabit dalam kes pemerdagangan manusia di seluruh dunia setiap tahun. Secara umumnya pemerdagangan manusia merupakan jenayah yang melibatkan unsur kekerasan, paksaan dan penipuan manakala penyeludupan manusia dijalankan atas persetujuan daripada orang yang diseludup.








GANGSTERISM





Gangsterisme dapat didefinisikan sebagai perkumpulan sulit dalam melakukan sesuatu kegiatan jenayah ataupun juga kegiatan untuk maksud. Di negara Malaysia sendiri pula, kegiatan gengsterisme ini dapat didefinisikan sebagai individu yang terlibat dalam kegiatan  jenayah atan masalah sosial yang akan menyebabkan berlakunya masalah penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak. Masalah gengsterisme ini jika tidak di tangani akan membawa kepada masalah yang lebih teruk lagi pada masa akan datang dan boleh menyebabkan pembabitan remaja khususnya pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, ketagihan alcohol dan rogol.


Masalah gengsterisme ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang wujud disekelilingi remaja atau pelajar tersebut. Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah kegiatan gengsterisme adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya, faktor institusi kekeluargaan,media massa, dan juga didikan agama .


Faktor pertama berlakunya gengsterisme adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya adalah individu yang paling rapat dengan remaja selepas keluarga mereka. Rakan sebaya sebenarnya dapat memberikan pengaruh yang kuat kepada kehidupan seseorang remaja sehinggakan kesilapan remaja dalam pergaulan dengan rakan sebaya yang salah boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada kehiduoan yang baik dan seterusnya terjebak dalam keadaan kehidupan yang tidak mempunyai arah tuju yang betul. Sesetengah daripada rakan sebaya mereka tersebut mempunyai geng-geng yang tersendiri dan terlibat dalam pelbagai masalah sosial. Aktiviti kumpulan gengsterisme ini kadang kala bersifat memberontak antaranya merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol,ponteng sekolah dan juga mengganggu pengajaran guru-guru disekolah. Bagi remaja yang terlibat dalam masalah gengstrerisme tersebut mereka akan berpegang teguh kepada ideology kumpulan mereka masing- masing bagi menunjukan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan mereka juga akan saling membantu bagi mengatasi sebarang masalah ada yang melibatkan pergaduhan, kewangan ataupun mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan yang mereka lakukan berjaya dikesan.


Faktor yang kedua pula adalah disebabkan oleh institusi kekeluargaan. Peningkatan taraf hidup adalah sangat penting dalam arus pemodenan negara yang  pesat. Bagi meningkatkan taraf hidup terdapat sesetengah ibubapa yang bersifat lebih berkecendurungan untuk mengumpul kekayaan sehingga kehidupan anak- anak terabai dan inilah perkara yang boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial seperti gengsterisme. Terdapt juga sesetengah ibubapa yang tidak mempunyai pilihan lain melainkan bekerja untuk meman memberikan nafkah kepada keluarga dan menampung kos sara hidup. Bagi remaja mereka tidak memahami pendiritaan yang ditanggung oleh ibubapa mereka malah terdapat juga remaja yang berani terlibat dalm aktiviti gengsterisme kerana sikap ibubapa mereka yang mengabaikan tanggungjawab kepada diri mereka semua. Keadaan sosial yang berlaku ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak tersebut. Masalah akan menjadi lebih rumit apabilaada di kalangan mereka yang terdiri daripada bapa atau ibu tunggal. Hal ini boleh menyebabakan pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi dan mereka sering mengharapkan bantuan daripada  ahli keluarga lain. Tetapi hal ini berbeza dengan bapa tunggal dimana mereka dilabel sebagai insan yang sukar memberikan kasih sayangapatah lagi mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Hal inilah yang menyebabkan ramai remaja yang terdiri daripada  golongan ini terlibat dengan pelbagai masalah sosial terutamanya gengsterisme.


Manakala faktor yang ketiga pula adalah disebabkan oleh pengaruh media massa.  Pada masa kini media massa memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehidupan remaja. Segala perbuatan remaja seperti aksi, pertuturan dan juga timhkah laku yang ditayangkan dimedia eletronik dan media cetak adalah menjadi ikutan kepada remaja dan seolah-olah itu menjadi ‘role model’ kepada golongan remaja. Kadang kala segala yang dipaparkan boleh membantu remaja membuat pembentukan personaliti melalui media massa dan segalanya sukar untuk dibendung kerana media massa adalah alat yang boleh membantu mendidik pendengar dan penontonnya kearah jalan yang benar tetapi terdapat juga pada waktu yang sama boleh mendorong penonton kejalan yang slah terutama sekali bagi golongan remaja yang cepat terpengaruh dengan apa yang dipaparkan. Faktor inilah yang boleh menyebabkan berlakunya maslah gengsteriseme.






PEMBUNUHAN



Pembunuhan bermaksud suatu tindakan menghilangkan nyawa seseorang sehingga menyebabkan kematian sama ada secara sengaja atau tidak dan sama ada menggunakan alat atau tidak. Namun kebiasaannya kejadian perbunuhan berlaku disebabkan pelbagai motif seperti tidak puas hati, cemburu dan membalas dendam. Namun, tidak dinafikan juga terdapat kejadian perbunuhan terjadi apabila mangsa ingin membela diri. Terdapat 2 kategori perbunuhan iaitu perbunuhan secara sengaja dan perbunuhan tidak sengaja. Pembunuh yang membunuh secara sengaja bakal menerima hukuman mati manakala pembunuhan yang dilakukan secara tidak sengaja mempunyai sedikit kelonggaran namun akan tetap menerima hukuman yang setimpal. Manusia semakin kejam apabila sanggup berbunuhan sesama manusia. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan perbunuhan berlaku. Kadang-kala perbunuhan boleh berlaku hanya dengan sebab salah faham. Walhal masalah yang kecil boleh diselesaikan dengan cara baik iaitu melalui perbincangan.


Namun disebabkan keegoan manusia dan sikap tidak mahu mengalah menyebabkan tragedi perbunuhan berlaku. Apabila api kemarahan manusia tidak dapat dikawal dan terlalu tertekan dengan masalah yang dihadapi menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perkara di luar norma kehidupan. Pembunuhan yang menyayat hati semua masyarakat seperti pembunuhan bayi kini kerap berlaku. Golongan muda mudi yang terlanjur dan mempunyai anak luar nikah sering mengambil keputusan untuk membuang bayi tersebut sama ada masih hidup atau telah mati bagaikan sampah. Terdapat individu yang secara sengaja membunuh anak luar nikahnya ke dalam mangkuk tandas. Terdapat juga individu yang membuang anak luar nikahnya di merata-rata tempat dan membiarkan bayi tersebut mati kesejukan dan kelaparan. Isu pembunuhan ini sangat memilukan apabila anda melihat sendiri keadaan bayi-bayi yang mati dibuang.


Satu lagi isu pembunuhan kejam yang sedang heboh diperkata oleh media dan masyarakat ialah isu pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Mangsa dibunuh secara kejam sebelum dibakar dan abunya dibuang di sungai. Pembunuh berusaha untuk menghapuskan bukti namun rancangan pembunuhan terbabit masih meninggalkan kesan untuk pesalah dihukum. Pembunuhan kejam seperti ini sememangnya membimbangkan msyarakat. Oleh itu setiap masyarakat perlu berwaspada. Dengan peristiwa ini jelas sekali bahawa pembunuhan boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tidak kira jantina, umur, status dan darjat. Perbunuhan ngeri adalah salah satu yang paling menakutkan apabila pembunuh membunuh dengan sangat kejam.


Terdapat kes dimana pembunuh mengerat-ngerat badan mangsa sehingga terpisah. Pembaca mungkin tidak sanggup untuk melihat gambar perbunuhan ngeri kerana gambar tersebut sangat menakutkan. Antara kes perbunuhan yang kejam berlaku sepanjang tahun 2010 iaitu kes Ustazah Norliza Ishak 35, (yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 – Port Dickson ), Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain (juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010. – Kuala Lumpur ), sebelum ini Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya ( Muhaimi Sautar 33, pada 24 Ogos 2010. – Kota Bharu), Noraini Ahmad 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam , ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010. – Sungai Petani.



ROGOL

Jenayah rogol atau juga dikenali sebagai perbuatan pencabulan adalah merujuk kepada serangan seksual yang dianggap satu jenayah yang sangat serius oleh semua masyarakat. Definisi teknikal bagi perbuatan 'rogol'adalah perbuatan yang merangkumi sebarang perbuatan yang sangat serius dan yang boleh merosakkan seseorang tetapi bagi penggunaan sehari-harian pula perbuatan ini dipanggil sebagai serangan seksual.


Berbeza pula dengan istilah undang-undang jenayah, dimana perbuatan 'rogol' ini lebih merujuk kepada serangan seksual yang mana seseorang penyerang tersebut memaksa mangsa yang enggan bersetuju dengannya untuk melakukan hubungan seksual. Bagi sesetengah perundangan mereka menggunakan istilah seperti istilah'serangan seksual' atau 'dipukul untuk seksual'. Malah perbuatan 'rogol'juga merujuk kepada hubungan seksual seseorang dengan pasangan secara suka rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup umur maka perbuatan ini dikenali sebagai 'rogol statutori'.


Malah dalam penggunaan bahasa pasar pula istilah 'rogol dating' atau 'rogol perkenalan' ini merujuk kepada perbuatan perogolan yang berlaku antara individu yang sedang berdating ataupun berkenalan. Perbuatan rogol ini adalah ini adalh disebabkan penggunaan pukau yang akan membuatkan mangsa tidak sedar diri sebelum mereka diserang.


Kesan jenayah rogol


Jenayah rogol ini adalah satu perbuatan yang amat kejam. Sebagai salah stu serangan seksual, maka rogol boleh memberikan impak yang amat dasyat kepada mangsa tersebut dan juga terdapat banyak jenayah rogol ini akan berakhir dengan kematian mangsa akibat kecederaan. Perbuatan rogol ini akan menyebabkan kecedaraan yang seriu, termasuk juga kehamilan dan juga jangkitan penyakit sebaran seksual. Perkara biasa yang sering di alami oleh mangsa adalah kesan psikologi mangsa.


Sebagai contoh pada masa dahulu, bagi mangsa rogol dan juga serangan seksual yang masih hidup biasanya akan mengalami Sindrom Renjutan Emosi Rogol yang dianggap sebagai sejenis penyakit pada masa itu. Sekarang RTS telah dianggap sebagai psikologi dan fisiologi yang biasa dialami oleh seorang mangsa rogol dan ianya bukan sejenis penyakit penyakit psikologi lagi. Malah ia juga turut melibatkan perasaan malu dan juga berdosa, ketegangan, kemarahan, dan ketidakselesaan pada bahagian perut serta kerundahan. Semua balasan-balasan yang dialami oleh mangsa juga turut dirasai oleh ahli keluarganya. Kesan atau renjatan emosi psikologi inilah yang telah menyababkan ramai mangsa jenayah rogol tidak melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa.



MEROMPAK





Jenayah merompak merujuk kepada perbuatan seperti mengambil atau mencuri, melarikan barangan-barangan daripada kawalan yang sah atau kepunyaan seseorang dengan niat atau merampas dan memiliki secara kekal atau untuk digunakan bagi mencapai sesuatu tujuan dengan sendiri atau paksaan atau juga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan ketakutan.


Bagi perompak istilah mengambil yang digunakan oleh perompak ialah sesuatu barangan yang di ambil mestilah secara tidak sah dan di ambil semasa dalam penglihatan mangsa. Manakala bag maksud membawa lari barangan pula merujuk kepada keadaan setelah perompak itu mengambilnya, maka mereka dilihat membawa barangan tersebut keluar daripada tempat asal maka itu adalah sudah memadai maksud mereka melarikannya.


Selain itu, rompakan juga boleh ditakrifkan sebagai salah satu perbuatan yang salah atau pengambilan sesuatu barang secara tidak sah dan barang tersebut masih berada dalam kawalan, simpanan atau dimiliki oleh seseorang yang sah disisi undang-undang.


Dalam situasi rompakan perompak-perompak akan berhadapan dengan mangsa terbabit, dalam suasana ini juga perompak bukan sahaja menumpukan tujuan utama mereka iaitu merompak wang dan juga barangan tetapi mangsa juga turut di ancam dan berkelakuan sifat seperti memaksa. Jenayah merompak ini merupakan satu jenayah yang sangat berbahaya dan sangat ditakuti oleh masyarakat. Kekerasan tindakan susulan itu pula boleh menyebabkan mangsa-mangsa menerima kesengsaran akibat cedera parah, trauma malah juga terdapat kehilangan nyawa.


Jenayah merompak dan pecah rumah serta bangunan hanya mempunyai persamaan pada permulaan tindakan sahaja, kerana dalam kejadian pecah rumah, mencuri serta rompakan' Kedua-dua jenayah ini memasuki dalam sesuatu bangunan atau sesebuah rumah dengan menggunakan kekerasan dan juga paksaan. Tidak kiralah dimana mereka menggunakan sama ada melalui pintu, tingkap atau bumbung dan seumpamanya untuk masuk kedalam bangunan tersebut.


Situasi rompakan dan juga pecah rumah atau mencuri adalah situasi yang berbeza dimana ketika penjenayah tersebut berada dalam bangunan yang menjadi sasaran mereka untuk melakukan jenayah. Tetapi seperti yang dinyatakan pada awal tulisan dalam kejadian rompakan, perompak dan juga mangsa berada dalam situasi yang ketegangan. Manakala bagi jenayah pecah rumah atau bangunan mangsa tiada dan hanya ada penjenayah sahaja untuk melakukan jenayah. 


Jenayah rompakan biasanya berlaku di kawasan bandar kerana hanya dikawasan tersebut sahaja yang tedapat bangunan dan juga gedung-gedung perniagaan yang lebih besar berbanding dikawasan luar bandar. Hal inilah yang akan mendorong berlakunya peningkatan kes jenayah rompakan di kawasan bandar.








RAGUT

mungkin satu ketika dulu kes-kes ragut dianggap sebagai jenayah kecil yang hanya melibatkan kerugian tidak seberapa.Tanggapan ini secara langsung menyebabkan ada kalangan mangsa ragut tidak mahu membuat laporan polis. Ia dianggap kes kecil yang remeh-temeh dan membuang masa.Antara sebab ragut tidak dilaporkan kepada polis ialah jumlah barangan atau wang tunai yang hilang tidak banyak.Jumlah kerugian ragut dianggap tidak sebesar atau selumayan kes rompakan bank, kedai emas dan sebagainya.


Namun, kini keadaan sudah berubah di mana kes-kes ragut kadangkala bukan sahaja dianggap besar malah kerap meningkat.Tanpa disedari, kes-kes ragut sebenarnya melibatkan jumlah kejadian yang banyak hingga ribuan.Apabila kerapnya berlaku kes ragut, jumlah kerugian yang dikumpul juga besar dan kadangkala mencecah berjuta ringgit dalam tempoh setahun.Dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, jumlah kes ragut yang dicatatkan di Kuala Lumpur sahaja ialah sebanyak 1,144 kes.Daripada jumlah itu, ia melibatkan kerugian lebih RM2 juta.Ini hanya melibatkan kawasan ibu negara, bagaimana pula keadaannya bagi seluruh negara sama ada dari segi jumlah kes mahupun kerugian.



Pada masa yang sama, kejadian ragut juga mula menggemparkan masyarakat apabila berlaku beberapa kejadian hingga menyebabkan kematian kepada mangsa.Berpunca daripada ragut, mangsa yang cuba melawan atau tercedera, akhirnya meninggal dunia.Dengan perkataan lain, daripada ragut kini ia beralih kepada bunuh. Sama ada ia bunuh dengan niat atau tanpa niat, itu persoalan kedua. Yang penting, kes ragut ini boleh menyebabkan kematian. Malah jumlah kes ragut yang banyak secara langsung memperlihatkan bahawa para peragut kini bermaharajalela tanpa rasa takut kepada pihak berkuasa.

Kes ragut melibatkan kematian yang terbaru berlaku pada Jumaat lalu di Brickfields, Kuala Lumpur melibatkan seorang kerani wanita, Chin Wai Fun, 38.Mangsa yang bergelut dengan peragut terbabit telah terjatuh dan kepalanya terhantuk pada benda keras di tepi jalan raya.Akibatnya, mangsa koma selama 17 jam sebelum meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya.Sebenarnya, kes Wai Fun ini bukanlah satu kes terpencil, sebaliknya pernah juga berlaku satu kejadian lain di Pulau Pinang pada Julai 2002.Dalam kejadian itu, seorang wanita warga Indonesia, Kartini Mansor, 62, cedera parah sebelum meninggal dunia.Lebih menyedihkan, kedatangan Kartini ke negara ini pada mulanya bertujuan mendapatkan rawatan perubatan yang terbaik. Sebaliknya, mangsa melalui pengalaman pahit kerana terpaksa berdepan dengan peragut hingga menyebabkan nyawanya melayang.


Secara purata, kes ragut yang dicatatkan sepanjang tahun lalu di seluruh negara ialah sebanyak 15,798 kes dengan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah paling banyak iaitu 4,262 kes.Kebanyakan kes ragut itu berlaku di bandar-bandar besar di mana terdapat orang ramai dan pejalan kaki menjalankan aktiviti harian.Dari segi kejadian, ragut berlaku bukan sahaja  melibatkan pejalan kaki sebagai mangsa, malah penunggang motosikal juga.Tidak dinafikan, selain kehilangan wang tunai dan barangan penting, ada juga mangsa yang cedera dan terpaksa menerima rawatan di hospital.


Berikutan kerapnya berlaku kejadian ragut, sesuatu perlu difikirkan dan pasti pihak  bertanggungjawab seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedar perkara ini.Bagaimanapun, tanggungjawab menyelesaikan masalah ini tidak seharusnya diletak di bahu pasukan polis sahaja.Umum memang mengetahui, dengan kekurangan anggota sedia ada, sukar untuk polis memantau sepanjang masa kejadian ragut.Malah, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Hadi Ho berpendapat tindakan penyamaran oleh anggota polis bagi menangani masalah ragut bukanlah sesuatu yang praktikal.Namun, penyamaran tetap dilakukan di samping beberapa tindakan lain seperti operasi berterusan, pemeriksaan, penguatkuasaan dan sebagainya.Lebih penting ialah aduan dan maklumat dari orang ramai dalam menangani masalah ragut.Menurut Hadi, antara tindakan penting ialah segera menelefon polis apabila berlaku sesuatu kes ragut.Di samping itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mustafa Abdullah berkata, kejadian ragut merupakan antara kes paling sukar disiasat

JENAYAH SIBER

Jenayah siber adalah salah satu jenayah yang berlaku di negara ini. Jenayah ini berlaku akibat dari kemunculan internet yang tiada sempadan dan pengawasan dari pihak-pihak berkuasa. Pelbagai maklumat samada benar atau tidak telah disebarkan melalui internet mengenai ideologi,propaganda dan tidak kurang juga mengenai pornografi. 

Oleh itu,sama sama lah kita membantu pihak berkuasa untuk mengurangkan jenayah siber ini.jangan jadikan diri kita sebagi salah seorang mangsa jenayah siber.bak kata pepatah elak sebelum terkena.

RASUAH

Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Badan Pencegah Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama iaitu Meminta/Menerima Rasuah, Menawar/Memberi Rasuah, Membuat Tuntutan Palsu, dan Menyalahguna Jawatan/Kedudukan. Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa.
            Antara punca berlakunya rasuah ialah pertama, kelemahan peribadi sepert kurang iman dan taqwa. Dimana seseorang itu tahu bahawa rasuah dilarang oleh agama dan undang-undang, tetapi dilakukan juga dengan seribu satu alasan peribadi. Hal ini termasuk dalam teori “Technique of Neutralization” oleh Grisham Sykes dan David Matza. Mereka mengatakan, “ Lakukan rasuah secara rahsia asalkan tiada siapa yang tahu”. Sikap mahu hidup mewah, riak, menunjuk-nunjuk, tamak, ingin cepat kaya dan sebagainya adalah pendorong berlakunya rasuah bagi mereka yang lemah keperibadiannya.
            Kedua, ialah kelemahan kepimpinan dan organisasi iaitu Kepimpinan yang lemah menyebabkan kurangnya penyeliaan, tiada pemantauan, lembap menjalankan tugas dan terbuka kepada penyelewengan khususnya rasuah.
Ketiga ialah sosial dan budaya Masyarakat majmuk di Malaysia  iaitu mengamalkan tradisi memberi hadiah dalam bentuk wang dan benda, sempena menyambut hari-hari kebesaran hari perayaan, majlis hari jadi, hari perkahwinan dan sebagainya. Hari yang baik ini memberi kesempatan kepada perasuah dan penerima rasuah melakukan rasuah sama ada diminta, disogok atau diumpan tanpa disedari.
Keemapat ialah modenisasi iaitu Pembangunan sosial ekonomi yang tidak diseimbangkan dengan pembangunan kerohanian akan memudahkan terjadinya rasuah. Projek pembangunan bercambah seperti cendawan tumbuh. Pengaliran wang juga akan meningkat. Golongan yang terlibat juga mengambil kesempatan untuk mengaut untung sebanyak-banyaknya.
Perlumbaan moden memperlihatkan para kontraktor berlumba-lumba mendapatkan tender. Mereka juga akan berusaha untuk memenangi hati pegawai pengurusan atau pembuat keputusan. Rasuah diberikan sebagai jalan pintas untuk mendapatkan tender, mempercepatkan bayaran, melepaskan hukuman atau tindakan jika gagal atau lambat menyiapkan projek dan sebagainya.
            Kelima ialah Sesetengah ahli politik menggunakan kesempatan untuk berbakti kepada masyarakat dengan menerima dan memberi rasuah untuk mendapatkan kuasa, memenangi pemilihan jawatan politik, mengumpul kekayaan, menagih populariti dan sebagainya.
            Perbincangan mengenai rasuah adalah penting kerana kegiatan rasuah akan melumpuhkan fungsi perjalanan sesuatu organisasi. Dengan adanya kegiatan rasuah, tiada sesiapa akan dapat mengagak tindakan seseorang atau hasil daripada sesuatu rancangan untuk masa depan. Kemajuan sesebuah negara bergantung kepada cerdik pandai dan profesional yang ada. Kegiatan rasuah akan hanya menghakis kepercayaan orang awam terhadap cerdik pandai negara kita.
Selain itu pemerintahan menjadi lemah kerana setiap kali rasuah berlaku, maka pemerintah kehilangan hasil atau tergelincir daripada tindakan-tindakan yang sepatutnya. Umpamanya jika cuai terhadap sesuatu yang telah ditentukan, maka pemberian rasuah telah menggantikan wang cukai yang sepatutnya dikutip dan manfaatnya hanya dinikmati oleh segelintir pemberi rasuah.
Kesan yang paling besar daripada gejala rasuah ini ialah akan menyebabkan pentadbiran sesebuah negara menjadi kucar-kacir. Akibatnya , ia menimbulkan masalah lain seperti kemerosotan ekonomi, pengabaian kepentingan masyarakat dan sebagainya. Budaya rasuah juga boleh menghancurkan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah negara. seperti yang berlaku di Filipina yang mencatatkan sejarah kejatuhan kerajaan presiden Marcos dari tampuk kepimpinan disebabkan amalan rasuah yang tidak terbendung.

LANGKAH PENYELESAIAN

1.      Antara inisiatif yang dapat kita ambil sebagai langkah mencegah jenayah yang merupakan isu terpenting di negara ini ialah dengan mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. Konsep ini merangkumi suatu skop yang sangat besar untuk dibincangkan. Antaranya ialah dengan pengawalan rapi oleh pihak-pihak tertentu seperti Rela, Rukun Tetangga, Polis dan sebagainya dalam usaha memastikan kawasan tersebur bebas daripada kes-kes kecurian, rompakan, rogol, ragut dan sebagainya. Dengan pengawalan daripada pasukan-pasukan tersebut, sekurang-kurangnya dapat menakutkan si penjenayah dari melakukan akiviti mereka dan seterusnya mewujudkan konsep bandar dan pekan selamat. 

2.      Bantuan daripada alat-alat teknologi pada zaman kini dapat membantu kita menyempurnakan konsep bandar dan pekan selamat. Kamera-kamera litar tertutup boleh dipasang sebagai langkah berjaga-jaga. Medium ini dapat menjadi bukti apabila sesuatu kes jenayah berlaku di kawasan tersebut. Sekiranya konsep bandar dan pekan selamat diwujudkan, nescaya terdetik rasa was-was kepada si penjenayah daripada melakukan aktivitinya di kawasan tersebut.

3.      Pengenalan semula mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) kepada pelajar sekolah rendah dan menengah juga merupakan salah satu cara untuk membanteras kes jenayah. Mata pelajaran PSK ini merupakan satu langkah ke arah membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga berperanan memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Melalui pengenalan semula mata pelajaran ini, seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara

4.      Selain itu, kerajaan juga boleh memperkasakan ekonomi negara bagi meningkatkan peluang pekerjaan. Bagaimana isu ini dikatakan menjadi usaha untuk mencegah jenayah yang sedang kita bincangkan ? Dengan usaha kerajaan ini, peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan. Perkara ini dikatakan dapat mencegah jenayah kerana antara faktor seseorang melibatkan diri dalam kancah jenayah ialah kerana gagal mendapatkan pekerjaan bagi menampung hidup. Oleh itu, mereka mengambil jalan mudah dengan melibatkan diri dalam jenayah seperti kongsi gelap, pengedaran dadah, perompak, dan sebagainya.

5.      Di samping itu, kempen-kempen pencegahan jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah dan kawasan-kawasan awam. Pelbagai kempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kempen kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah.

6.      Penubuhan kelab bersifat antijenayah sosial juga merupakan antara modus operandi untuk menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ), Skim Lencana Anti Dadah (SLAD), Unit Khidmat Masyarakat dan lain-lain merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan.Kelab-kelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah malahan menggalakkan pelajar untuk sentiasa melakukan perkara-perkara yang berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja seperti gangsterisme, vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus selepas penubuhan kelab-kalab bersifat antijenayah sosial ini.

7.      Mengadakan kawalan jalan raya terutamanya pada waktu malam untuk mengawasi keadaan jalan raya supaya tiada sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang berlaku seperti lumba haram. Tindakan ini sememangnya wajar dilakukan agar kegiatan jenayah lain dapat dielakkan. Lama-kelamaan, mat-mat rempit enggan berlumba secara haram kerana takut akan tindakan yang bakal diambil oleh pihak berkuasa.

8.      Langkah untuk mencegah rasuah pula ialah dengan mewujudkan satu mahkamah khas bagi mendengar dan membicarakan kes rasuah yang berlaku di negara ini menunjukkan komitmen tinggi kerajaan membanteras rasuah dan penyelewengan sehingga ke akar umbi.

 

KESIMPULAN

Secara tuntasnya, masalah jenayah yang semakin menjadi-jadi perlu di bendung sebelum nasi menjadi bubur, Oleh kerana berleluasanya kes jenayah seperti gengsterisme, vandalisme, bunuh, rogol, ragut, pengedaran dadah, rasuah, pelacuran dan sebagainya, kita sebagai rakyat Malaysia haruslah bersikap proaktif dan berganding bahu dengan kerajaan supaya kejadian jenayah seperti ini dapat dikurangkan.  Kita juga harus mempunyai kesedaran bahawa jenayah merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang-undang  dan salah dari sisi hukum agama kita. Kita tidak boleh membiarkan kadar jenayah di Negara ini meningkat kerana ini boleh menjejaskan keamanan dan menjejaskan imej Malaysia di mata dunia.


 

GERBANG PERKAHWINAN DAN KUIZ PANCING RINGGIT




-adalah seperti dua keping jigsaw puzzle iaitu manusia secara semula jadinya dipengaruhi oleh emosi.
-Ketika bercinta pasangan sering dibutakan oleh perasaan sehingga mereka tidak Nampak akan sikap buruk pasangan masing-masing.
-Perkahwinan boleh menjadi pengalaman hidup yang berguna dan pasangan yang terlibat mampu menjadi insan yang lebih baik.
-Perkahwinan boleh menjadi pengalaman hidup yang bergunan dan pasangan yang terlibat mampu menjadi insan yang lebih baik.
- Perkahwinan dipenuhi dengan tanggungjawab dan kita perlu sentiasa berusaha untuk menjaganya.
Sebagai contoh :
            Ketika bercinta pasangan sentiasa dibutakan oleh perasaan sehingga mereka tidak nampak akan sikap buruk pasangan masing-masing. Dimana seseorang pasangan itu terlalu berharap bahawa pasangan yang di sayanginya akan berubah iaitu contohnya daripada perangai yang buruk kepada yang lebih baik.
            Selain itu, sesetengah pasangan yang mendapat pasangan yang cantik atau kacak akan terus membutakan mata walaupun mengetahui pasangannya mempunyai perangai yang tidak baik atau selalu menyakiti hatinya. Hal ini adalah disebabkan oleh sikap pasangan itu sendiri yang terlalu sayang dan takut akan kehilangan orang yang disayanginya.
            Seterusnya, segelintir pasangan juga ada yang sanggup membutakan mata dan sentiasa menjaga hati pasangannya walaupun, mengetahui pasangannya mempunyai perangai yang buruk. Ini adalah kerana pasangan tersebut takut kehilangan dan tidak mahu kerugian disebabkan oleh pasangan yang dimilikinya adalah berharta atau kaya.


Kuiz Pancing Ringgit

Bagi setiap pasangan yang baru berkahwin, mestilah mengetahui tentang perkara-perkara yang  dianggap sebagai kehendak atau keperluan. Keperluan ialah perkara atau item yang perlu ada. Kehendak pula ialah keinginan yang boleh di capai dan tidak boleh dicapai dan sesuatu yang did ingini oleh seseorang serta lebih kepada nafsu. Sebagai contohnya, item-item yang perlu ada dalam   sesebuah perkahwinan yang dianggap keperluan ialah :

-          Rumah, kereta, mesin basuh, wang simpanan, telefon bimbit, dapur, dan pakaian.

Manakala item-item yang dianggap sebagai kehendak pula ialah :

-          Pendingin hawa, barang kemas, dan bulan madu.