THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, 5 December 2011

PEMERDAGANGAN MANUSIA



Isu pemerdagangan manusia kini menjadi fenomena yang mengancam banyak negara. Pemerdagangan manusia bermaksud pengangkutan, pemindahan, perlindungan, penyediaan atau penerimaan seseorang untuk tujuan eksploitasi dengan cara ancaman atau penggunaan kekerasan atau apa-apa bentuk paksaan lain seperti penculikan, penipuan, penyalahgunaan kuasa, memeberi atau menerima bayaran atau permafaatan untuk mencapai persetujuan seseorang yang mempunyai kawalan ke atas orang lain. Eksploitasi meliputi pelacuran terhadap orang lain, buruh paksa, perhambaan dan pemindahan dan pengambilan organ tubuh. Contohnya, buruh paksa tidak semestinya melibatkan pekerja asing kerana terdapat juga pekerja tempatan yang dieksploitasi oleh majikan.


Terdapat beberapa punca yang menyebabkan berlakunya pemerdagangan manusia, antaranya ialah kekurangan atau ketiadaan peluang pekerjaan, kelemahan penguatkuasaan undang-undang, kekurangan pekerjaan yang formal khususnya perempuan. Maklumat mengenai pekerjaan dan produser kerja rasmi tidak mencukupi, peluang pekerjaan yang tidak sama rata did antara kanak-kanak perempuan dan lelaki di kawasan Bandar dan luar Bandar, kanak-kanak tidak mempunyai dokumen atau sijil kelahiran, tawaran gaji yang lebih tinggi ditempat yang di tuju, kekurangan pengetahuan mengenai tenaga kerja asing, pengaruh cerita dan kisah hidup migrasi yang berjaya dan sebagainya.


Kesedaran yang kurang ketika mencari pekerjaan dengan tidak mengetahui betapa bahayanya perdagangan manusia akan menyebabkan berlakunya tragedi yang tidak di ingini. Seseorang yang kurang kesedaran tidak akan memikirkan sesuatu hal dengan terperinci akan mudah ditipu dan seterusnya menjadi mangsa pemerdagangan manusia.


Manakala kemiskinan di sesebuah tempat juga akan menyebabkan seseorang terpaksa mencari pekerjaan dimana-mana sahaja. Keadaan ini menyebabkan mereka mencari pekerjaan tanpa memikirkan risiko yang akan did hadapinya. Selain itu, kekurangan dokumen kelahiran kanak-kanak pula akan memberi peluang kepada individu yang tidak bertanggungjawab untuk memalsukan data data dan seterusnya menyebabkan pemerdagangan manusia berlaku.


Mangsa-mangsa pemerdagangan manusia terdiri daripada perempuan, lelaki dan kanak-kanak atau remaja yang berumur tidak melebihi 18 tahun. Lelaki yang telah diperdagangkan biasanya akan dipaksa untuk membuat kerja-kerja kasar dengan upah yang rendah atau tanpa upah dengan hanya sedikit makanan sahaja. Manakala perempuan pula adalah untuk dieksploitasi dari segi seksual, kanak-kanak pula dieksploitasi untuk tujuan pekerjaan haram seperti mengemis dan perdagangan ubat-ubat terlarang.


Kes jenayah seperti pemerdagangan manusia turut berlaku di Malaysia, dimana  baru-baru ini Malaysia telah berjaya menyelamatkan 1,252 mangsa pemerdagangan manusia dari 18 negara dalam tempoh 2008 hingga 2010. Daripada kes pemerdagangan manusia yang dilaporkan dalam tempoh itu, 143 kes melibatkan eksploitasi seks, 43 kes perkhidmatan paksa, 11 kes penyeludupan manusia, empat kes penjualan bayi dan satu kes eksploitasi kanak-kanak. Setiusaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, daripada 1,252 mangsa yang diselamatkan, 837 orang merupakan wanita termasuk 57 orang kanak-kanak perempuan bawah umur.


Menurutnya kerajaan melalui pelbagai agensi penguatkuasaan berjaya menangkap 282 orang berhubung jenayah pemerdagangan manusia.Pemerdagangan manusia merupakan jenayah baru dan kita perlu mmberi latihan kepada penguat kuasa, pendakwa dan halim untuk mengendalikan kes-kes ini. Malaysia juga akan melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan manusia 2010-2015 pada 30 Mac di Parlimen, ia merupakan instrumen untuk mencegah, memulih dan melindungi mangsa pemerdagangan manusia.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah pemerdagangan manusia antaranya ialah kerjasama antara kerajaan dengan masyarakat. Masyarakat perlu membuat aduan kepada pihak pihak berkuasa sekiranya mereka adalah saksi atau mengesyaki sebarang kegiatan yang berlaku disekeliling mereka. Seterusnya Malaysia juga telah menguatkuasakan undang-undang  dengan mewujudkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007. Statistik juga  menunjukkan kira-kira 2.7 juta orang, kebanyakkan wanita dan kanak-kanak, terbabit dalam kes pemerdagangan manusia di seluruh dunia setiap tahun. Secara umumnya pemerdagangan manusia merupakan jenayah yang melibatkan unsur kekerasan, paksaan dan penipuan manakala penyeludupan manusia dijalankan atas persetujuan daripada orang yang diseludup.








0 comments: