THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, 5 December 2011

PENGENALAN



Dunia kini berhadapan dengan fenomena yang membimbangkan seperti gejala sosial.Peningkatan fenomena gejala sosial ini seiring dengan arus globalisasi dan modenisasi  yang semakin mencabar.Gejala ini hampir wujud di semua negara tidak terkecuali negara kita.Kebanyakan golongan yang terlibat dengan gejala ini ialah golongan remaja dan belia tidak kira lelaki mahupun perempuan.Sifat ingin tahu dan pengaruh rakan sebaya menyebabkan mereka mudah terjerumus ke kancah negatif ini.Limpahan gejala sosial seperti gejala pembuangan bayi,dadah dan sebagainya sekaligus menyebabkan peningkatan kadar jenayah yang berlaku di Malaysia.Laporan daripada Kebajikan Masyarakat Malaysia dan statistic yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Perangkaan Polis Diraja Malaysia menunjukkan aliran peningkatan kes sejak tiga tahun lalu yang melibatkan kelompok umur berkenaan yang merangkumi penyalahgunaan dadah,gengsterisme dan perilaku seks bebas. 


"Gejala sosial yang melanda di negara kita (Malaysia) sangat membimbangkan. Hal ini
boleh dilihat apabila statistik laporan saban tahun semakin meningkat samada dari sudut pengidap HIV, jenayah zina, kes buang bayi, kes bersedudukan bukan mahram, minum arak, judi dan sebagainya. Apa yang lebih memalukan ialah apabila statistik yang diberikan menunjukkan kaum melayu Islam berada di tangga teratas." - ulas Naib Presiden 1, Saudara Adlan Mokhtaruddin.Hal ini membuktikan bahawa gejala ini jika tidak dibendung boleh mengundang bahaya kepada masyarakat sekaligus mencerminkan pandangan negatif daripada negara luar terhadap negara kita yang dahulunya kaya dengan adab ketimuran yang melambangkan identiti masyarakat kita

0 comments: