THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, 5 December 2011

PENDERAAN



Masyarakat Malaysia pada hari ini sedang berhadapan dengan perlakuan penderaan yang semakin meningkat. Berita tentang kes ini pasti akan didengar setiap waktu sama ada di televisyen, surat khabar mahupun dari mulut-mulut masyarakat sekeliling. Kanak-kanak yang berumur 6 hingga 17 tahun terdedah kepada pelbagai bentuk penganiayaan khususnya emosi dan mental. Amat menarik bagi kita untuk mengenal profil pelaku yang kerap dikaitkan dengan penderaan kanak-kanak ini. Selain kanak-kanak, golongan dewasa juga berhadapan dengan situasi ini seperti wanita yang bergelar isteri dan juga suami.

Penderaan terhadap kanak-kanak merupakan satu gejala yang menimbulkan pelbagai reaksi daripada setiap golongan masyarakat setiap kali perkara ini dibangkitkan di media massa atau setiap kali seseorang menjadi mangsa. Reaksi masyarakat akan berterusan untuk seketika atau sehingga pesalah dijatuhkan hukuman ataupun tiada lagi kesinambungan kes tersebut di media massa. Seharusnya masyarakat perlu sentiasa peka dan berhati-hati agar tiada lagi kes seumpama ini berlaku. Mereka perlu mengambil langkah dan tindakan untuk melenyapkan kes seperti ini terus di dengar.

Penderaan lazimnya terbahagi daripada tiga iaitu penderaan fizikal, mental dan seksual.. Penderaan fizikal ialah apabila seseorang itu didera secara fizikal dan terdapat kecederaan yang keterlaluan yang boleh dilihat pada mana-mana bahagian tubuh badan mangsa akibat kekerasan yang dialami dengan sengaja terhadap mangsa dengan adanya bukti laserasi, calar, parut, patah, terseliuh,pendarahan, pecah viskus, luka, terbakar, kehilangan rambut atau gigi.

Penderaan yang kedua ialah penderaan mental atau secara emosi. Penderaan emosi ialah sekiranya terdapat gangguan yang keterlaluan yang boleh mengganggu fikiran mangsa. Misalnya mengugut mangsa, memaki, memarahi, disuruh melakukan perkara yang tidak diingini dan merendah-rendahkan mangsa.

Akhir sekali ialah penderaan seksual. Penderaan seksual meliputi dalam sebarang aktiviti yang bersifat seks dengan tujuan pornografi, bahan lucah atau sumbang, sentuhan pada bahagian sulit, rakaman filem, pita video atau persembahan yang mempunyai tujuan eksploitasi seks oleh mana-mana pihak bagi memuaskan nafsu seks orang tersebut atau orang lain. Ini boleh menyebabkan mangsa menghadapi kemurungan, perubahan tingkah laku, pengasingan diri, resah, kemerosoton akademik atau kerja,dan terdorong untuk membunuh diri.

Mangsa boleh mengambil tindakan yang bijak dengan melaporkan kejadian kepada pihak-pihak tertentu. Antara tempat-tempat yang boleh diadu ialah Pusat Khidmat Bersepadu di Hospital Kerajaan, mana-mana hospital atau klinik, balai polis, NGO’s seperti Women Aids Organizations. Selain itu, mangsa juga boleh memberitahu atau melaporkan kepada ibu bapa mangsa atau orang yang boleh dipercayai dan memberitahu Jabatan Kebajikan Masyarakat.

0 comments: