Namun disebabkan keegoan manusia dan sikap tidak mahu mengalah menyebabkan tragedi perbunuhan berlaku. Apabila api kemarahan manusia tidak dapat dikawal dan terlalu tertekan dengan masalah yang dihadapi menyebabkan manusia hilang pertimbangan dan sanggup melakukan perkara di luar norma kehidupan. Pembunuhan yang menyayat hati semua masyarakat seperti pembunuhan bayi kini kerap berlaku. Golongan muda mudi yang terlanjur dan mempunyai anak luar nikah sering mengambil keputusan untuk membuang bayi tersebut sama ada masih hidup atau telah mati bagaikan sampah. Terdapat individu yang secara sengaja membunuh anak luar nikahnya ke dalam mangkuk tandas. Terdapat juga individu yang membuang anak luar nikahnya di merata-rata tempat dan membiarkan bayi tersebut mati kesejukan dan kelaparan. Isu pembunuhan ini sangat memilukan apabila anda melihat sendiri keadaan bayi-bayi yang mati dibuang.
Satu lagi isu pembunuhan kejam yang sedang heboh diperkata oleh media dan masyarakat ialah isu pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya. Mangsa dibunuh secara kejam sebelum dibakar dan abunya dibuang di sungai. Pembunuh berusaha untuk menghapuskan bukti namun rancangan pembunuhan terbabit masih meninggalkan kesan untuk pesalah dihukum. Pembunuhan kejam seperti ini sememangnya membimbangkan msyarakat. Oleh itu setiap masyarakat perlu berwaspada. Dengan peristiwa ini jelas sekali bahawa pembunuhan boleh berlaku di mana-mana sahaja dan tidak kira jantina, umur, status dan darjat. Perbunuhan ngeri adalah salah satu yang paling menakutkan apabila pembunuh membunuh dengan sangat kejam.
Terdapat kes dimana pembunuh mengerat-ngerat badan mangsa sehingga terpisah. Pembaca mungkin tidak sanggup untuk melihat gambar perbunuhan ngeri kerana gambar tersebut sangat menakutkan. Antara kes perbunuhan yang kejam berlaku sepanjang tahun 2010 iaitu kes Ustazah Norliza Ishak 35, (yang dibunuh kejam bersama anaknya Amirul Ayman 10, pada 3 Sept 2010 – Port Dickson ), Datuk Sosilawati Lawiya 47, dan 3 mangsa yang lain (juga dibunuh kejam setelah hilang sejak 30 Ogos 2010. – Kuala Lumpur ), sebelum ini Mohamad Adam Muzaffar telah disembelih oleh bapanya ( Muhaimi Sautar 33, pada 24 Ogos 2010. – Kota Bharu), Noraini Ahmad 20, dirogol dan dibunuh dengan kejam , ditemui dalam keadaan kepalanya cedera parah dan tangannya diikat dengan dawai pada 12 Ogos 2010. – Sungai Petani.
0 comments:
Post a Comment