THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, 5 December 2011

MEROMPAK





Jenayah merompak merujuk kepada perbuatan seperti mengambil atau mencuri, melarikan barangan-barangan daripada kawalan yang sah atau kepunyaan seseorang dengan niat atau merampas dan memiliki secara kekal atau untuk digunakan bagi mencapai sesuatu tujuan dengan sendiri atau paksaan atau juga menyebabkan mangsa berada dalam keadaan ketakutan.


Bagi perompak istilah mengambil yang digunakan oleh perompak ialah sesuatu barangan yang di ambil mestilah secara tidak sah dan di ambil semasa dalam penglihatan mangsa. Manakala bag maksud membawa lari barangan pula merujuk kepada keadaan setelah perompak itu mengambilnya, maka mereka dilihat membawa barangan tersebut keluar daripada tempat asal maka itu adalah sudah memadai maksud mereka melarikannya.


Selain itu, rompakan juga boleh ditakrifkan sebagai salah satu perbuatan yang salah atau pengambilan sesuatu barang secara tidak sah dan barang tersebut masih berada dalam kawalan, simpanan atau dimiliki oleh seseorang yang sah disisi undang-undang.


Dalam situasi rompakan perompak-perompak akan berhadapan dengan mangsa terbabit, dalam suasana ini juga perompak bukan sahaja menumpukan tujuan utama mereka iaitu merompak wang dan juga barangan tetapi mangsa juga turut di ancam dan berkelakuan sifat seperti memaksa. Jenayah merompak ini merupakan satu jenayah yang sangat berbahaya dan sangat ditakuti oleh masyarakat. Kekerasan tindakan susulan itu pula boleh menyebabkan mangsa-mangsa menerima kesengsaran akibat cedera parah, trauma malah juga terdapat kehilangan nyawa.


Jenayah merompak dan pecah rumah serta bangunan hanya mempunyai persamaan pada permulaan tindakan sahaja, kerana dalam kejadian pecah rumah, mencuri serta rompakan' Kedua-dua jenayah ini memasuki dalam sesuatu bangunan atau sesebuah rumah dengan menggunakan kekerasan dan juga paksaan. Tidak kiralah dimana mereka menggunakan sama ada melalui pintu, tingkap atau bumbung dan seumpamanya untuk masuk kedalam bangunan tersebut.


Situasi rompakan dan juga pecah rumah atau mencuri adalah situasi yang berbeza dimana ketika penjenayah tersebut berada dalam bangunan yang menjadi sasaran mereka untuk melakukan jenayah. Tetapi seperti yang dinyatakan pada awal tulisan dalam kejadian rompakan, perompak dan juga mangsa berada dalam situasi yang ketegangan. Manakala bagi jenayah pecah rumah atau bangunan mangsa tiada dan hanya ada penjenayah sahaja untuk melakukan jenayah. 


Jenayah rompakan biasanya berlaku di kawasan bandar kerana hanya dikawasan tersebut sahaja yang tedapat bangunan dan juga gedung-gedung perniagaan yang lebih besar berbanding dikawasan luar bandar. Hal inilah yang akan mendorong berlakunya peningkatan kes jenayah rompakan di kawasan bandar.








0 comments: