THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Monday, 5 December 2011

PENGEDARAN DADAH




Dadah merupakan sejenis bahan kimia yang boleh digunakan sebagai ubat dalam bidang perubatan. Namun, jika disalahgunakan, ia boleh membawa bahaya kepada si pengguna. Ia boleh mendatangkan kemudaratan kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental, dan emosi. Tingkah laku pengguna juga akan mula berubah. Bahan  ini boleh menyebabkan si pengguna menjadi ketagih. Maka ia akan di ambil secara berterusan hingga memberi kesan yang teruk. Pengambilan dadah atau pengedaran dadah ini merupakan satu jenayah berat. Terdapat akta yang berkaitan dengan pengedaran dadah. Antaranya ialah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya ( Pelucuthakkan Harta ). Pengedar dadah merupakan individu yang paling bertanggungjawab dalam penularan penagihan dadah. Maka , hukuman yang dikenakan lebih berat daripada si penghisap dadah. Gejala ini sememangnya perlu dibanteras segera agar tidak berleluasa. Tindakan yang pantas perlu di ambil segera untuk melupuskan gejala ini daripada kehidupan seharian.

pengedar dadah  boleh terdiri daripada orang biasa, penganggur yang terdesak perlukan wang untuk meneruskan hidup, pekerja bawahan yang mahukan keselesaan hidup, malah warga korporat yang sememangnya mempunyai ekonomi yang kukuh juga boleh tergolong dalam golongan ini. Mereka mempunyai cara yang licik untuk menjalankan kegiatan tidak bermoral ini supaya sukar dikesan oleh pihak berkuasa. Kegiatan pengedaran ini memberikan pulangan yang tinggi walaupun ramai tahu ia berisiko sehingga boleh di jatuhkan hukuman gantung mandatori.   Umum sudah tahu ramai warganegara Malaysia telah menjadi keldai dadah secara sengaja, tidak sengaja,malahan ada juga tanpa pengetahuan si keldai dadah itu sendiri. Hal ini terjadi kerana mereka telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka menggunakan tipu muslihat yang dirancang. Kebiasaannya pengedar yang menggunakan tipu muslihat ini adalah dari Afrika Barat yang berpangkalan dan beroperasi secara berleluasa dirantau Asia. Mereka menggunakan taktik yang hampir sama untuk menjerat mangsa. Sindiket ini bias any menyasarkan mangsa-mangsa dari Asia untuk dijadikan sebagai penghantar yang akan mengedar dan menyeludup dadah di luar Negara.

Mereka menggunakan cara yang halus untuk menjerat mangsa. Caranya ialah dengan mencari mangsa di laman sembang. Selepas berkenalan agak lama, mereka akan mula mengeluarkan kata-kata manis daan sopan supaya mangsa tertarik dan mempercayai mereka. Kemudian mangsa akan dijadikan sebagai kekasih mereka dan berjanji untuk bersama selamanya. Sampai satu tahap,mereka akan mengajak mangsa pergi ke satu tempat eksklusif  diluar Negara dengan menawarkan kos perbelanjaan tersebut. Kemudian mangsa akan ditawarkan pekerjaan dengan bertopengkan syarikat yang sah. Pekerjaan yang perlu dilakukan ialah dengan menghantar satu barang yang tidak diketahui mangsa iaitu dadah dengan gaji yang lumayan. Mangsa akan dihantar ke luar Negara dengan diberikan sebuah beg yang mengandungi barang tersebut semasa hendak berangkat di lapangan terbang. Sindiket ini tidak akan memberi sebarang maklumat tentang dirinya atau nombor perhubungan kepada mangsa. Hal ini adalah kerana mereka tidak mahu dikesan jika mangsa ditangkap. Oleh itu, agak sukar untuk mahkamah mempercayai mangsa ditipu kerana tiada sebarang bukti.
           
Semua pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga agar perkara ini tidak berleluasa dan berharap sindiket ini akan terus lumpuh di muka bumi ini. Sebagai ibu bapa, mereka perlu sentiasa memantau anak-anak mereka serta kerap berkomunikasi agar jurang antara mereka tidak besar seterusnya mereka tidak akan bersembunyi apa-apa jika terjadi sesuatu kepada mereka. Aktiviti anak-anak juga perlu sentiasa dipantau agar tidak tersimpang jauh sehingga berkawan dengan rakan yang tidak berfaedah. Anak-anak perlu sentiasa diberi peringatan serta diberitahu tentang kes-kes yang berlaku seperti pengedaran dadah agar mereka tidak terjebak ke kancah ini.
           
Sebagai individu yang mempunyai fikiran yang waras, mereka perlu bijak menghindarkan diri dari sindiket ini dengan sentiasa mempunyai perasaan syak bila diarahkan membuat sesuatu khususny apabila ke luar negeri. Pastikan bagasi yang dibawa sentiasa diperiksa agar tiada barang asing dan bukan kepunyaan sendiri. Selain itu elakkan diri dari menerima kiriman dari pihak yang tidak dikenali dan tidak teragak-agak untuk melaporkan kepada pihak tertentu.

Natijahnya, terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan bagi membendung jenayah sosial di negara ini. Semua pihak haruslah berganding bahu membanteras kegiatan jenayah agar aktiviti negatif ini tidak berlarutan dan bertambah serius lagi. 



0 comments: