Gangsterisme dapat didefinisikan sebagai perkumpulan sulit dalam melakukan sesuatu kegiatan jenayah ataupun juga kegiatan untuk maksud. Di negara Malaysia sendiri pula, kegiatan gengsterisme ini dapat didefinisikan sebagai individu yang terlibat dalam kegiatan jenayah atan masalah sosial yang akan menyebabkan berlakunya masalah penyelewengan tingkah laku dan kerosakan akhlak. Masalah gengsterisme ini jika tidak di tangani akan membawa kepada masalah yang lebih teruk lagi pada masa akan datang dan boleh menyebabkan pembabitan remaja khususnya pelajar di dalam kegiatan lain seperti penagihan dadah, ponteng kelas, ketagihan alcohol dan rogol.
Masalah gengsterisme ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor yang wujud disekelilingi remaja atau pelajar tersebut. Antara faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya masalah kegiatan gengsterisme adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya, faktor institusi kekeluargaan,media massa, dan juga didikan agama .
Faktor pertama berlakunya gengsterisme adalah disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya.Rakan sebaya adalah individu yang paling rapat dengan remaja selepas keluarga mereka. Rakan sebaya sebenarnya dapat memberikan pengaruh yang kuat kepada kehidupan seseorang remaja sehinggakan kesilapan remaja dalam pergaulan dengan rakan sebaya yang salah boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada kehiduoan yang baik dan seterusnya terjebak dalam keadaan kehidupan yang tidak mempunyai arah tuju yang betul. Sesetengah daripada rakan sebaya mereka tersebut mempunyai geng-geng yang tersendiri dan terlibat dalam pelbagai masalah sosial. Aktiviti kumpulan gengsterisme ini kadang kala bersifat memberontak antaranya merosakkan harta benda sekolah, ketagihan rokok, dadah dan alkohol,ponteng sekolah dan juga mengganggu pengajaran guru-guru disekolah. Bagi remaja yang terlibat dalam masalah gengstrerisme tersebut mereka akan berpegang teguh kepada ideology kumpulan mereka masing- masing bagi menunjukan kesetiaan kepada ahli kumpulan dan mereka juga akan saling membantu bagi mengatasi sebarang masalah ada yang melibatkan pergaduhan, kewangan ataupun mempertahankan kesalahan ahli kumpulan sekiranya kegiatan yang mereka lakukan berjaya dikesan.
Faktor yang kedua pula adalah disebabkan oleh institusi kekeluargaan. Peningkatan taraf hidup adalah sangat penting dalam arus pemodenan negara yang pesat. Bagi meningkatkan taraf hidup terdapat sesetengah ibubapa yang bersifat lebih berkecendurungan untuk mengumpul kekayaan sehingga kehidupan anak- anak terabai dan inilah perkara yang boleh menyebabkan berlakunya masalah sosial seperti gengsterisme. Terdapt juga sesetengah ibubapa yang tidak mempunyai pilihan lain melainkan bekerja untuk meman memberikan nafkah kepada keluarga dan menampung kos sara hidup. Bagi remaja mereka tidak memahami pendiritaan yang ditanggung oleh ibubapa mereka malah terdapat juga remaja yang berani terlibat dalm aktiviti gengsterisme kerana sikap ibubapa mereka yang mengabaikan tanggungjawab kepada diri mereka semua. Keadaan sosial yang berlaku ini boleh mempengaruhi pendidikan anak-anak tersebut. Masalah akan menjadi lebih rumit apabilaada di kalangan mereka yang terdiri daripada bapa atau ibu tunggal. Hal ini boleh menyebabakan pendapatan yang diperolehi tidak mencukupi dan mereka sering mengharapkan bantuan daripada ahli keluarga lain. Tetapi hal ini berbeza dengan bapa tunggal dimana mereka dilabel sebagai insan yang sukar memberikan kasih sayangapatah lagi mengabaikan tanggungjawab dan peranan sebagai ketua keluarga. Hal inilah yang menyebabkan ramai remaja yang terdiri daripada golongan ini terlibat dengan pelbagai masalah sosial terutamanya gengsterisme.
Manakala faktor yang ketiga pula adalah disebabkan oleh pengaruh media massa. Pada masa kini media massa memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi kehidupan remaja. Segala perbuatan remaja seperti aksi, pertuturan dan juga timhkah laku yang ditayangkan dimedia eletronik dan media cetak adalah menjadi ikutan kepada remaja dan seolah-olah itu menjadi ‘role model’ kepada golongan remaja. Kadang kala segala yang dipaparkan boleh membantu remaja membuat pembentukan personaliti melalui media massa dan segalanya sukar untuk dibendung kerana media massa adalah alat yang boleh membantu mendidik pendengar dan penontonnya kearah jalan yang benar tetapi terdapat juga pada waktu yang sama boleh mendorong penonton kejalan yang slah terutama sekali bagi golongan remaja yang cepat terpengaruh dengan apa yang dipaparkan. Faktor inilah yang boleh menyebabkan berlakunya maslah gengsteriseme.
0 comments:
Post a Comment